Wednesday, September 17, 2014

Kereta panas? Boleh cuba ni.


Kereta anda panas terutamanya kalau parking bawah terik matahari? Boleh cuba cara ni. Aku sudah buat dan alhamdulillah penyaman udara kereta aku tidak mengecewakan.


Sebelum memulakan diy ini sila cari di mana saluran aircond a.k.a penyaman udara kereta anda. Mana mau cari? Senang.  Parking kereta dan hidupkan enjin. Jangan lupa hidupkan juga aircond dalam 2-3 minit begitu. Perhatikan dalam engine bay saluran yang "berpeluh" itu lah salurannya.

Bila sudah jumpa saluran tu, sediakan barang-barang ni pula.

1. Pembalut aircond rumah a.k.a insuflex.

Pembalut aircond rumah merujuk kepada benda panjang macam ular tu. Mana mau dapat? Kalau ada orang turunkan aircond boleh minta,dalam 1 kaki saja. Kalau tiada,pigi kedai aircond. 

2. Aluminum foil.



3. Cable tie.


4. Cutter atau gunting.
    * awas ! Cutter tajam so sila berhati-hati.

Ok, sekarang kita buat step by step.

1. Mula-mula dapatkan saluran aircond kereta. Mana mau dapat? Baca balik di atas.

2. Kemudian, ambil aluminum foil dan balut saluran aircond tu.

3. Ambil cutter dan belah pembalut aircond rumah. Ingat. Belah bukan kerat. Kalau salah aku nda tanggung. Dan jangan lupa sila berhati-hati. Kalau luka pun aku nda tanggungjawab.

4. Balutkan saluran aircond yang sudah di balut dengan aluminium foil. Kalau mau guna terus pembalut aircond ni boleh juga cuma tahap kesejukan tu kurang sikit la.

5. Akhir sekali, guna cable tie untuk mengikat  pembalut tadi supaya nda tanggal. Buat macam dalam gambar ni.


Sekian saja diy kali ni. Nanti aku bagi lagi kalau ada.

No comments:

Post a Comment